IKLAN BAHASA ARAB

Khamis, 7 Oktober 2010

Sekilas Tentang Menghafaz Al-Quran

Menghafaz Al-Quran
Menghafaz Al-Qur’an memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah SWT yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Qur’an merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafaz Al-Qur’an yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafaz Al-Qur’an ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, anda harus berlatih untuk menghafaz dalam setiap situasi sekadar termampu.
Cara menghafaznya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Qur’an kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafazan, anda dikehendaki mengulanginya selalu. Kalau boleh bacakan ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafaz ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafaz.
Oleh kerana itu peruntukkan waktu khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Qu’ran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafazan.

Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika anda merasa masih terlalu susah hendak menghafaz cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafazannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.

Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafaz Al-Qur’an dan hadisnya dengan mudah. Diharapkan Allah SWT akan memberi taufik kepada saudara untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Qur’an dan hadis-hadis nabi SAW. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Fadail Al-Qur’an karangan Ibn Katheir.

1. Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, "Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara: Laki-laki yang dianugerahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur'an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugerahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam." (Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dari Barra' bin 'Azib ra. telah berkata: Seorang laki-laki membaca surat Al Kahfi dan di sisinya ada seekor kuda yang
diikat dengan dua tali panjang, tiba-tiba ada awan melindunginya dan semakin mendekat dan kudanya menjauhinya. Pagi-paginya laki-laki itu mendatangi Nabi Muhammad saw. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka beliau bersabda, "Itu adalah ketenangan yang turun karena Al Qur'an." (Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Dari Ibnu 'Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur'an laksana sebuah rumah yang runtuh." (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

4. Dari Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur'an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan di dunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

Dari 'Uqbah Bin 'Amir ra. berkata; Rasulullah saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda: "Siapakah di antara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau 'Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturahmi?" Kami menjawab, "Kami ingin ya Rasulullah" Lantas beliau bersabda, "Mengapa tidak pergi saja ke masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur'an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta, dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta."(Riwayat Muslim)

1. Dari Ibnu Mas'ud ra. bahawasanya Nabi Muhammad saw. bersabda, "Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang paling fasih membaca Al Qur'an."(Riwayat Muslim)

2. Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawasnya; Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, "Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur'an?" dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah)

3. Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseorang yang sedang membaca Al Qur'an kemudian dia berdoa kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al Qur'an maka berdoalah kepada Allah dengan Al Qur'an karena sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Qur'an dan orang-orang berdo'a dengannya."
(Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)

4. Dari Ibnu Mas'ud ra. ia berkata: Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud 'Alif, Laam, Miim' satu huruf, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.
(Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)



KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

KAEDAH

Melancarkan sebutan ayat-ayat al-qur’an yang ingin dihafal.
Pastikan tiada kesalahan pada baris, makhraj huruf dan menepati sifat yang wajib bagi tiap-tiap huruf agar tidak bercampur di antara satu huruf dengan huruf yang lain.
Setelah membaca dengan lancar dan tanpa terdapat sebarang kesalahan mulalah menghafal dengan kaedah di bawah:
a. Beristighfar kali.

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِيْ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَالحَْيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

b. Berselawat kepada Nabi SAW. 7 kali.

c. Baca ayat berikut , 7 kali:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّالَهُ لحَاَفِظُونَ

d. Baca surah al-fatihah 1 kali.

e. Baca do’a pembukaan menghafal al-qur’an seperti berikut:


أَللَّهُمَّ نَوِّرْ بِالْكِتَابِ بَصَرِيْ وَأَشْرَحْ بِهِ صَدْرِيْ وَأَسْتَعْمِلْ

بِهِ بَدَنِيْ وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَاِني وَقَوِّ بِهِ جَنَانِيْ وَأَسْرِعْ بِهِ فَهْمِيْ وَقَوِّبِهِ

عَزْمِيْ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ.



4. Mulalah menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk dengan mengambil tiga ayat atau lima ayat untuk dihafal.

5. Jangan terlalu gopoh dengan tujuan untuk cepat ingat.

6. Hafalkan dalam kadar satu maqraq(*) atau dua halaman dalam satu masa.

7. Apabila selesai menghafal bacalah do’a dibawah ini:

صَدَقَ اللهُ الْعَظِيمِ, وَبَلَغَ رَسُولِهِ النَّبِيِّ الْكَرِيمِ وَهَذَا تَنْزِيْلٌ مِنْ رَّبِّ الْعَالَمِينَ, رَبَّنَا

ءَامَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ





Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Menghafaz Dan Menjaga Hafazan Al-Quran

1. Ulangi bacaan hafalan disetiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.
Menghafallah ditempat yang sunyi, tenang dan jauh dari maksiat.
Cuba bawa ayat hafalan dalam solat dan sentiasa solat malam.
Gunakan hanya sebuah al-qur’an sahaja yang menepati mashaf Uthmani.
Mengutamakan solat di awal waktu dan berjamaah di masjid.
Sentiasa berwudhu’ dan takut kepada Allah.
Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan do’a dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-qur’an.
Kurangkan ketawa dan banyak mengangis.
Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Kurangkan makan, tidur dan berbual kosong dan elakkan dari memakan yang syubhat.
Banyakkanlah berpuasa sunat dan segala amalan sunat yang lain.
Sentiasa menjaga mata semata-mata kerana Allah dan tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk kepentingan peribadi dan segala sesuatu yang sementara.
Untuk menajaga hafalan.
a. Sentiasa takut kepada Allah

b. Sentiasa berwudhu’

c. Sentiasa solat malam

d. Sentiasa bersugi

e. Sentiasa bersuci bila berhadas.

f. Melakukan solat sunat Hifzi pada sepertiga malam.

cara solatnya:

i) Rakaat pertama _ سورة يس

ii) Rakaat kedua _ سورة حم الدخان

iii) Rakaat ketiga _ سورة السجدة

iv) Rakaat keempat _ سورة الملك

v) Baca do’a setelah selesai solat.