Isnin, 15 Mac 2010



SAUJANA PUCHONG dan KULIM merupakan sebuah kawasan perniagaan dan juga mempunyai taman perumahan dikawasan sekitar yang diduduki oleh penduduk yang mejoritinya adalah penduduk beragama Islam. Kawasan ini mempunyai imfrastuktur yang lengkap seperti sekolah rendah,masjid, taska,tadika dan sebagainya.


Akan tetapi, tempat atau sekolah yang menawarkan pembelajaran khusus untuk mepelajari dan mendalami Al-Quran masih berkurangan. Ibu bapa sekarang masing-masing sebuk dengan kerjaya harian sehingga tidak mempunyai masa untuk mengajar anak-anak untuk mempelajari Al-Quran dan Tajwid secara tidak formal.


Oleh itu mereka memerlukan kelas pengajian Al-Quran secara formal yang boleh memberikan pengajaran Al-Quran dan Tajwid serta dapat membaca Al-Quran secara tartil.

BERMINAT HUBUNGI USTAZ IZAN BIN ABDULLAH HALIM AL-HAFIZ

Jumaat, 12 Mac 2010

SEKILAS TENTANG MENGHAFAZ AL-QUR’AN

SEKILAS TENTANG MENGHAFAZ AL-QUR’AN

Menghafaz Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafaz Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafaz Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, anda harus berlatih untuk menghafaz dalam setiap situasi sekadar termampu.

Cara menghafaznya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafazan, anda dikehendaki mengulanginya selalu. Kalau boleh bacakan ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafaz ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafaz.

Oleh kerana itu peruntukkan waktu khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafazan.

Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika anda merasa masih terlalu susah hendak menghafaz cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafazannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.

Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafaz Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Diharapkan Allah SWT akan memberi taufik kepada saudara untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Fadail Al-Quran karangan Ibn Katheir.

DALIL TENTANG KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN

Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Utsman r.a. bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya".
1. Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya."(Riwayat Muslim)
2. Dari Nawwas bin Sam'an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Qur'an dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali 'Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya."
(Riwayat Muslim)

Khamis, 11 Mac 2010



Akademi tahfiz al hira kini mengorak langkah dalam melahirkan Generasi yang minat serta cintakan AL.QURAN dengan mengadakan pengajian dalam berbagai bidang yang melibakan agama dan ekonomi serta mengadakan program-program ilmuan di setiap negeri seperti :

1. mengadakan kelas berlajar ALQURAN, bahasa arab, pendidikan kemahiran serta KEM yang melibatkan Agama & akademik..

2. memohon bantuan pembangunan dan pentadbiran daripada pihak tuan,puan sama ada dari sumber kewangan atau makan.

3. Cawangan terbaru yang akan dibuka di KEDAH pada awal bulan 5 (Insyallah) 50% telah siap di renovation.. jika berminat untuk mnyumbang atau memberi zakat bagi pelaksanan program yang dirancang..

berminat hubungi
ustaz izan @ adam 013-330879 KEDAH ( Kulim )
ust johari 017-3551630 SELANGOR ( Puchong )

Sabtu, 6 Mac 2010

ASSALAMUALAIKUM..

PIHAK AKADEMI TAHFIZ AL HIRA MEMOHON BERJUTA KEMAAFAN KEPADA SEMUA PERLAWAT DAN SAUDARA SERTA SAUDARI DIATAS GANGGUAN SEMENTARA WEB AKADEMI TAHFIZ.COM.. INSYALLAH KAMI SEDANG MENGEMAS KINI WEB TERSEBUT. SEBARANG KEMUSYKILAN KAMI MEMOHON SEJUTA KEMAAFAN DARI HADIRIN SEKALIAN... SYUKRAN

Khamis, 12 Februari 2009

IMFAQ Pembangunan Akademi

Assalamualaikum,

Kepada pihak yang berhajat untuk memberi IMFAQ untuk Pembangunan Akademi Tahfiz Al-Hira', sila muat turun borang di sini.

Sila salurkan IMFAQ beserta borang tersebut ke Akademi Tahfiz Al-Hira'.

Sila hubungi Pengetua Akademi di talian 013-3308799 untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

-Setiausaha-

Jadual Pengajian sessi 2009

Assalamualaikum,

Sila muat turun jadual pengajian sessi 2009 di sini.

Sekian, terima kasih.

-Setiausaha-