Sabtu, 20 Mac 2010

pendaftaran akademi tahfiz

permohonan pertama pembukan akademi tahfiz alhira


AKADEMI TAHFIZ AL HIRA merupakan sebuah sekolah yang menyediakan berbagai perhidmatan seperti KEM MINI TAHFIZ,KEM IBADAH, TEKNIK HAFAZAN DAN MENGADAKAN SEMINAR YANG BERTERASKAN ISLAMIK DAN AKADEMIK.

akademi ini juga mengambil pelajar-pelajar yang belajar di sekolah menengah dan rendah secara part time dimana pelajar berulang alik dari rumah mereka ke akademi tahfiz bagi mepelajari AL-QURAN serta MENGHAFAZ AL-QURAN..

akademi tahfiz ini juga menyediakan ASRAMA bagi pelajar-pelajar yang ingin menghafaz secara full time dalam memantapkan lagi SKIL dalam menghafaz AL-QURAN serta memahami isi kandungan ALQURAN dengan lebih jelas dan teratur.

target akademi tahfiz adalah melahirkan seberapa ramai penghafaz AL-QURAN surah-surah penting dan surah-surah pilihan bagi dibaca didalam solat fardhu dan sebagainya. kerana akademi tahfiz al hira berasa bertanggungjawab didalam membantu menyempurnakan rukun iman yang ke4.

semoga usaha akademi tahfiz al hira ini mendapat keberkatan dan keredhoan ALLAH swt. insyallah.